Himpunan Mansuh GST memberangsangkan, kata komander program

Himpunan Mansuh GST memberangsangkan, kata komander program

Himpunan aman Undur Najib Mansuhkan GST Sabtu lalu mencapai sasaran dan penyertaan rakyat adalah memberangsangkan walaupun dirancang hanya dalam masa seminggu.

 

Himpunan aman Undur Najib Mansuhkan GST Sabtu lalu mencapai sasaran dan penyertaan rakyat adalah memberangsangkan walaupun dirancang hanya dalam masa seminggu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yang juga komander himpunan berkata, beliau berpuas hati dengan penyertaan pelbagai kaum dalam himpunan tersebut.

“Himpunan semalam mencapai target walaupun orang-orang Tiong Hua ada perayaan Qing Ming dan ramai yang balik kampung.

“Memang sasaran sebanyak itu sahaja kerana kita tak buat sebesar seperti Bersih gerakan dalam masa enam bulan tapi himpunan ini hanya dalam masa seminggu,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara semalam.

Bagaimanapun beliau memahami kurangnya penyertaan rakyat di di luar Kuala Lumpur adalah kerana mereka tidak mampu untuk membiayai kos perjalanan ke ibu negara.

“Orang-orang kampung yang selalu hadir kali ini agak kurang terutama penoreh getah mereka nak bayar tambang nak datang ke Kuala Lumpur pun mereka kurang mampu. Tapi saya berpuas hati dengan kehadiran semalam,” katanya lagi.

Sementara itu pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad menyanggah dakwaan bahawa parti itu tidak mampu mengerahkan rakyat untuk berhimpun.

“Dakwaan kita tak mampu nak kerahkan rakyat turun ke jalan raya tak tepat sebab kita tengok rakyat memenuhi Dataran Merdeka semalam. Dengan cuaca panas, rakyat tetap turun walaupun ada yang tidak dapat tunggu sehingga habis himpunan,” katanya.

Timbalan presiden Pas selepas merasmikan mesyuarat agung Pas Kawasan Putrajaya sebelum itu seperti dilaporkan media berkata, penyertaan kurang memberangsangkan dalam himpunan tersebut kerana Pas tidak menyertainya.

Beliau berkata, ia juga membuktikan kekuatan Pas.

TAGS