Malaysia Dateline

Himpunan tuntut tangani kenaikan harga barang: 26 individu dipanggil polis hari ini

Himpunan #TURUN bagi menuntut kerajaan menangani kenaikan harga barang di Kuala Lumpur pada 23 Julai, seramai 26 individu telah dipanggil pihak polis untuk disoal siasat bermula hari ini.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Gerakan Turun telah berkumpul di luar kompleks beli-belah Sogo bagi menuntut kerajaan menangani kenaikan harga barang.

Kesemua mereka dikehendaki hadir pada hari ini Isnin dan Selasa di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 2.30 petang.

Mereka menuntut lima tindakan yang perlu dilaksanakan iaitu, gaji menteri dipotong, subsidi kerajaan diteruskan, bantuan bermaruah diberikan kepada rakyat, mengawal harga barang dan menangani isu jaminan makanan.

Kumpulan ini terdiri daripada aktivis pelajar, ahli politik, aktivis Bersih dan Suaram.

Himpunan tuntut tangani kenaikan harga barang: 26 individu dipanggil polis hari ini
Peserta himpun ramai dalam kalangan anak muda

Mereka ialah Adun Ketari, Young Syefura Othman dari DAP, Ketua Pemuda PKR (AMK), Adam Adli Abdul Halim; Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy; Ahli Parlimen Kapar,Abdullah Sani Abdul Hamid dan aktivis Bersih Edlyn Beverly Joeman.

Selain itu tiga ahli PKR iaitu Mohd Afiq Ayob, Ng Yih Miin @ Bryan Ng dan Nur Farah Ariana Nurazam turut dipanggil pihak polis.

Pengasas bersama Undi18 Nur Qyira Yusri dan Tharma Pillai juga menyertai senarai individu yang dinamakan pihak polis hari ini.

Selain itu, ahli jawatankuasa eksekutif pusat Muda juga diarah hadir di IPD berkenaan termasuk bekas setiausaha agung Muda, Amir Abdul Hadi, setiausaha agung Muda, Amira Aisya Abdul Aziz dan naib presiden, Dr Thanussha Francis Xavier.

Dalam pada itu, polis Kuala Lumpur memakumkan telah mengenal pasti 30 daripada kira-kira 100 individu yang menyertai perhimpunan tersebut untuk disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perhimpunan itu, berkata kesemua individu yang telah dan belum dikenal pasti akan dipanggil pihak polis.

Noor Delhan berkata Jabatan Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 9(5) PAA 2012.

Baca juga: “Brand Promise” AMANAH mula terserlah!

Baca juga: Semakin banyak garis kedut di muka, Mike Tyson percaya ‘waktunya’ bakal tiba