Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Hina Agong di laman sosial: Dua lagi ditahan

Hina Agong di laman sosial: Dua lagi ditahan

BernamaMarch 2, 2020 8:31 pm




Dua lagi individu ditahan kerana disyaki memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook, menjadikan jumlah tangkapan setakat ini tiga individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata dua lelaki itu, masing-masing ditahan di Sandakan, Sabah dan Sungai Buloh, Selangor semalam.

“Mereka ini akan direman (untuk siasatan) dan keputusan sama ada mereka ini akan dituduh (di mahkamah) atau tidak akan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

“Pihak polis akan terus ambil tindakan untuk mengelak perkara ini (perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong) berterusan,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata seorang pemilik akaun Twitter yang memuat naik status mempunyai unsur-unsur hasutan akan dipanggil untuk memberi keterangan esok.

“Polis tidak mahu ketenteraman awam terganggu dan akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Semalam, Huzir dilapor berkata polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun kerana memuat naik status menghina Al-Sultan Abdullah di laman sosial Facebook.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung satu perhimpunan haram yang  diadakan berdekatan sebuah pusat beli-belah di ibu negara semalam.

“Polis sedang kenal pasti siapa yang hadir dalam perhimpunan itu dan akan jalankan siasatan sewajarnya,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production