Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Hina Nabi: AMK lapor polis, desak siasat akaun facebook Wendy Loong
Ketua AMK Pulau Pinang, Fahmi Zainol (tengah) bersama pimpinan pemuda selepas membuat laporan polis semalam.

Hina Nabi: AMK lapor polis, desak siasat akaun facebook Wendy Loong

MOHD ALI HASHIMJuly 27, 2019 7:01 am




Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Pulau Pinang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Jalan Patani, semalam terhadap pemilik akaun FB ‘Wendy Loong’ yang telah memuat naik status yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. serta agama Islam.

Laporan tersebut yang diketuai oleh Ketuanya, Fahmi Zainol turut mendesak pihak berkuasa supaya segera menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik akaun tersebut.

Malah penghinaan oleh pemilik akaun FB tersebut boleh mencetuskan provokasi serta menggugat keharmonian kaum.

Menurut kenyataan AMK tersebut, perkara ini perlu dipandang serius dan tidak harus dibiarkan berterusan kerana mutakhir ini terdapat begitu banyak isu perkauman yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Sehubungan itu adalah diharapkan dengan laporan polis tersebut, tindakan segera dapat diambil bagi memastikan penghinaan sedemikian tidak menjadi satu perkara lumrah sehingga mencetuskan kebimbangan dikalangan masyarakat.

Selain Fahmi selaku Ketua AMK Pulau Pinang, laporan polis turut dibuat oleh Timbalan Ketuanya, Muhammad Adzlan Adzhar dan Setiausaha AMK, Muhammad Zakwan Mustafa.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production