Hina Watson Nyambek: Pemuda Pas Sarawak mahu tindakan tegas diambil

Hina Watson Nyambek: Pemuda Pas Sarawak mahu tindakan tegas diambil

Arifiriazul PaijoPemuda Pas Sarawak menuntut tindakan tegas terhadap TV3, Primeworks Studio dan pengacara TV ‘Ammar’ selepas insiden penghinaan kepada bapa kepada jaguh pecut Malaysia, Watson Nyambek.

Ketua Pemudanya M Arifiriazul Paijo berkata, penghinaan ini amatlah dikesalkan, menunjukkan kerendahan etika penyiaran TV3 dan penerbitan Primeworks Studio.

“Ini adalah natijah lambakan program tidak mendidik, mengutamakan hiburan tanpa isi dan tidak bermanfaat yang disiarkan oleh pihak media arus perdana.

“Insiden ini wajar dijadikan satu pengajaran kepada semua pihak agar merenung kembali tahap dan kualiti penyiaran di negara kita.

“Kurangnya program mendidik, mengutamakan keuntungan dan hanya mengejar rating semata-mata tanpa memikirkan kesan dan pengajaran kepada penonton akan menghasilkan penerbit dan penyampai yang pemalas dan tiada kreativiti.

“Reputasi seseorang telah tercemar akibat perbuatan yang telah ditujukkan oleh pengacara TV tersebut. Walaupun tujuan untuk melawak tapi ianya telah menguris perasaan seseorang dengan perbuatan yang tidak sopan dan beradat itu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Pemuda Pas Sarawak juga menyeru rakyat Malaysia terutama rakyat Sarawak agar memboikot TV3 tanda protes dan menyokong solidariti Watson Nyambek untuk mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan sebagai satu pengajaran.

TAGS