Hindraf, Mira hanya rakan strategi, PH tidak menjanjikan kerusi, kata Mahathir

Hindraf, Mira hanya rakan strategi, PH tidak menjanjikan kerusi, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan dua buah parti yang mewakili kaum India di negara ini akan menyertai gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, dua buah parti itu adalah Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan Minority Rights Action Party (Mira) yang dulu dikenali sebagai NewGen Party akan berperanan sebagai rakan strategi bagi menyokong PH dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Dalam empat parti ini , kita setuju  tidak dapat menerima masuk ahli baru (parti baru), oleh itu kita jadikan mereka (dua parti) sebagai rakan strategi dalam Pakatan Harapan,”ujarnya dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan di bilik Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Ditanya peranan Hindraf dan Mira menyertai Pakatan Harapan sama ada diberikan kerusi, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata perkara itu masih dalam perbincangan.

“Agihan kerusi dalam empat parti sudah kurangkan kerusi,  jika nak agih kepada lima akan jadi lagi kurang dan banyak masalah.

“Parti ini (Hindraf dan Mira) berminat untuk sokong Pakatan Harapan dan memberi sedikit pertimbangan tentang kedudukan (calon pilihan raya) mereka.

“Mungkin ada calon mungkin tiada calon, kita akan bagi layanan kepada mereka kerana mereka akan sokong kita.

“Mereka pun kata tidak mahu apa-pa kerusi kerana mereka benci pada Najib dan akan sokong kami habis-habisan,”terangnya.

Menurut Dr Mahathir lagi Hindraf dan Mira adalah dua parti yang mewakili kaum India akan dapat memainkan peranannya kepada Pakatan Harapan kelak.

“Kenapa Hindraf dan Mira kerana mereka aktif. Ini kerana Pakatan Harapan ini dilihat sebagai parti yang mewakili kaum Melayu dan Cina sahaja walaupun ramai wakil rakyat dari kaum India (PH) melebih daripada wakil rakyat MIC dalam BN,” ujarnya.

Ura-ura kesediaan Hindraf menyertai PH telah tersebar sejak Ogos 2017 lalu apabila berlaku pertemuan sulit antara Dr Mahathir dengan Presiden Hindraf P Waythamoorthy di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Pada September 2017 Presiden Mira A Rajaretinam mengumumkan hasrat parti itu menyertai PH setelah satu pertemuan diadakan bersama Setiausaha Majlis Presiden PH Datuk Saifuddin Abdullah untuk dibawa berbincang dalam gabungan tersebut.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote