Malaysia Dateline

Hipokrasi politik Pas, ratib DAP tidak letak calon Melayu

Kata Presiden Pas pada tahun 2019, “Biar Melayu yang menguasai Sarawak ini… kita tidak (mahu) halau orang Cina, tidak! Tapi jangan (kita biarkan) orang Cina (DAP) menguasai Sarawak ini.”

Beliau berucap di Rumah Panjang Gima di Bintulu seperti dipetik Harakahdaily pada 16 September 2019.

Saya bukan nak main sentimen bangsa tapi nak dedahkan hipokrasi politik Pas. Depan bukan Cina, cakap lawan Cina. Tapi bila mahu undi Cina, setuju letak calon Cina.

Dalam PRN Johor, hanya satu kerusi DAP yang Pas letak calon Melayu untuk lawan Cina, di Jementah. Pas letak calon wanita Muslimah. Di Paloh, Pas letak calon Melayu Muslim lawan DAP Melayu Muslim juga.

Ada 11 lagi kerusi DAP calon Cina. Perikatan Nasional (PN) letak semua calon Cina di situ. Soalan saya, kenapa Pas tidak letak calon Melayu di situ untuk lawan Cina. Kenapa Pas serah kepada Bersatu atau Gerakan di situ untuk letak calon Cina juga?

Di Sarawak, Pas mahu rakyat Sarawak tolak Cina. Di Semenanjung, Pas serah kerusi kepada calon Cina. Kalau ini bukan hipokrasi politik, ini apa? Munafik haraki?

Satu ketika Pas nak lawan DAP, tapi tidak letak calon untuk lawan semua calon DAP. Satu ketika, tidak mahu bagi kepada Cina, tapi serah kerusi kepada rakan untuk letak calon Cina?

Aduh! Rupa-rupanya bagi Pas, lawan DAP caranya ratib DAP pagi dan petang. Lepas ratib, buka tudung saji pediah nasi, beras bini beli. Lepas tu, pi gantung posta, mintak rokok skrit kawan. Senang banyaklah lebai!