Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas

Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.

“Pelantikan ini akan membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan,” katanya.

Hishamuddin yang dilantik Menteri Pertahanan pada 2013 sebelum itu menjawat Menteri Belia dan Sukan (1999-2004) dan Menteri Dalam Negeri (2009-2013). Beliau pernah memangku jawatan Menteri Pengangkutan pada 2013-2014.

TAGS