Malaysia Dateline

Hishammuddin disahkan positif Covid-19

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media dari pejabat kementerian tersebut hari ini.

Kenyataan itu berkata, Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif Covid-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari 2022.

“Beliau akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” ujar kenyataan itu lagi.