Hishammuddin tak perlu bersusah payah jejaki Jho Low

Hishammuddin tak perlu bersusah payah jejaki Jho Low

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman (gambar) menganggap isu  Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membawa Jho Low kembali ke Malaysia dengan sendiri merupakan sesuatu yang kurang bijak.

Menurutnya, jika beliau mempunyai sebarang maklumat yang mampu membantu menangkap Jho Low adalah lebih baik jika serahkannya kepada kerajaan.

“Perkara ini mudah saja tak perlu nak bersusah payah dan dipanjangkan,

“Jika Hishammuddin mempunyai sebarang maklumat bukan ke lebih baik serahkan kepada kerajaan bahkan ianya memudahkan lagi kerja untuk menangkap Jho Low,”katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.

Jelasnya, Hishammuddin tidak perlu pergi ke lokasi di mana Jho Low berada kerana ianya membahayakan.

“Tidak perlu bersusah payah pergi ke lokasi di mana Jho Low berada, beri saje info tersebut kepada pihak bertanggungjawab dan biar mereka lakukan kerja mereka,” ujarnya.