Malaysia Dateline

Hishamuddin jangan gagal beri laporan ‘progress’ LCS sidang Parlimen Oktober ini.

Adakah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah bersedia untuk membentangkan laporan kemajuan pertama projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion kepada Parlimen yang akan bersidang semula pada 3 Oktober ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang melontarkan pertanyaan tersebut setelah Hishamuddin diberi tempoh enam bulan oleh kabinet sejak April 2022 supaya menggerakkan usaha bagi menghidupkan semula projek tersebut.

“Memandangkan tempoh enam bulan tersebut akan berakhir menjelang Oktober ini, apakah Hishamuddin telah bersedia untuk memberi laporan pertamanya pada hari pertama sidang Parlimen 3 Oktober ini.

” Hishamuddin perlu menjelaskan kepada Parlimen, mengapa Kementerian Pertahanan telah mengurangkan jumlah LCS yang perlu disiapkan tanpa dana tambahan dari kerajaan iaitu dari dua buah LCS kepada hanya sebuah sahaja.

“Jangan lupa semasa ia hadir di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara(PAC) pada 25 Januari 2022, beliau bercakap mengenai penstrukturan semula korporat bagi kontrak LCS yang bernilai RM9 bilion dan pihak kontraktor, Boustead Naval Shipyard pula perlu menyiapkan dua buah LCS tanpa sebarang kos tambahan dari kerajaan,” ujar beliau.

Tegasnya lagi, Hishamuddin perlu menjelaskan kepada Parlimen, mengapa beliau gagal untuk meyakinkan kabinet bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal LCS tersebut sehingga kini.

Baca juga: Tidak menolak disihir, Ust Kazim akan ke Timur Tengah jumpa pakar ke-15 rawat penyakit misteri

Baca juga: Kecoh anggota BTS diangkat lelaki paling kacak di dunia, rupanya berita tak benar, keputusan belum keluar lagi