Hishammuddin mengaku 3 pegawai tentera masih berkhidmat dengan beliau tetapi hanya sementara

Hishammuddin mengaku 3 pegawai tentera masih berkhidmat dengan beliau tetapi hanya sementara

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengakui bahawa tiga orang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih berkhidmat dengan beliau.

Bagaimanapun kata beliau, mereka hanya berkhidmat untuk sementara.

Menurutnya lagi, ketiga-tiga pegawai berkenaan sangat rapat dengan keluarga beliau dan telah berkhidmat sekian lama.

“Saya telah menawarkan kerja tetapi jika mereka terima, mereka harus berhenti daripada Angkatan Tentera Malaysia,” tulis beliau dalam akaun Facebooknya.

Hishamuddin dilantik menjadi Menteri Pertahanan Malaysia pada 2013.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS