Hishamuddin nafi muat naik artikel berbaur hasutan terhadap YDP Agong

Hishamuddin nafi muat naik artikel berbaur hasutan terhadap YDP  Agong

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais menafikan beliau memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di blognya, semalam.

Hishamuddin didakwa memuat naik satu artikel di blognya www.tukartiub.blogspot.com yang dipercayai digodam pihak tidak bertanggungjawab dengan bertujuan untuk memfitnahnya.

Bagaimanapun, Hishamuddin difahamkan memadamkan kenyataan itu selepas salinan tangkapan skrin mengenainya tersebar di laman sosial.

Peguamnya, Zaid Malek berkata Hishammuddin telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, petang tadi dan mendakwa blognya telah digodam oleh pihak tertentu yang menulis dan menyiarkan artikel berkenaan.

Hishamuddin Rais (kanan) bersama peguamnya Zaid Malek selepas membuat laporan polis malam tadi.

“Susulan itu, polis memanggil Hishamuddin untuk memberi keterangan di Balai Polis Petaling di sini malam ini bagi membantu siasatan dan tiada tangkapan dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Zaid berkata proses merekod keterangan itu mengambil masa selama 80 minit dan selesai pada jam 12 tengah malam tadi.

Difahamkan Zaid menemani Hishamuddin ke balai polis itu kira-kira 10.30 malam setelah berhubung dengan pihak polis yang menyiasat dakwaan tersebut.

Semalam, lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan terhadap Hishamuddin yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan tersebut.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote