Malaysia Dateline

Hishamudin setuju Umno perlu kepimpinan baru

Hishamuddin setuju Umno perlukan kepimpinan baru.

 

Naib presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein bersetuju dengan cadangan bahawa kepimpinan parti itu diremajakan.

“Saya bersetuju dengan pendapat ahli dan rakyat bahawa Umno memerlukan kepimpinan baru.

“ianya harus dilakukan dengan tertib supaya parti boleh dikembalikan dengan maruah dan prinsip yang dijunjung,” kata Hishamudin menerusi twitternya.

Dengan agar pimpinan Umno diubah semakin kerap diulang ekoran kekalahan teruk BN selepas 60 tahun memerintah negara.

Ia ditambah lagi dengan ura-ura kononnya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mahu keluar negara yang dikaitkan dengan melarikan diri selepas kalah.

Namun hari ini Najib sendiri mengesahkan Jabatan Imigresen Malaysia telah menyekat pasport beliau.