Hisyam Hamid tepis gosip bercinta dengan penerbit, anggap diri belum terdesak

Oleh MALAYSIADATELINE

Baru mengumumkan penceraian sekitar Mei tahun lepas, pelakon kacak Hisyam Hamid tidak dapat mengelak gosip percintaan.

Pastinya ramai mahu melihat siapakah pengganti yang mampu menambat hatinya namun Hisyam menafikan dakwaan ada hubungan istimewa bersama seorang penerbit.

Pelakon berusia 40 tahun itu menjelaskan bahawa hubungannya dengan wanita tersebut hanya sekadar berkawan lapor OhBulan!.

“Ia tidak benar. Saya rasa, itu (gosip) adalah perkara yang datang secara semula jadi dengan status saya sekarang.

“Sebab dulu kalau pergi mana-mana saya akan bawa isteri tapi sebab rasa selamat dan orang pun tak boleh nak cakap apa-apa.

“Jadi bila sekarang saya seorang diri dan ada yang ingat rapat dengan seseorang tu, mereka anggap kami ada hubungan.

“Kami memang dari dulu rapat, masa saya masih dengan isteri dulu pun. Hubungan kami terbatas sebagai kawan sahaja,” jelasnya seperti dipetik OhBulan!.

Bagaimanapun buat Hisyam, dia kini lebih selesa hidup dengan anak-anak namun tidak menolak andai diberi jodoh satu hari nanti.

“Buat masa ini saya selesa dengan kehidupan saya daripada setahun lalu. Anak-anak pun cakap mereka tak nak mama baru. Mereka adalah keutamaan saya.

“Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, saya bersyukur dan okay sahaja. Jauh sekali daripada terdesak,” tambahnya.

Baca juga: Fikry Ibrahim nafi kena paksa kahwin, jelaskan punca muka nampak muram di hari bahagia