Malaysia Dateline

‘Hobi Anwar sama dengan Mahathir’

Hobi Anwar sama dengan Mahathir. Itu antara komen warganet apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsikan aktiviti riadahnya petang tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan dilihat berbasikal dan dalam satu foto lain beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berada di tepi sebuah kolam ikan hiasan.

Rata-rata warganet memberikan reaksi positif selain ada juga mengingatkan Ahli Parlimen Port Dickson itu agar memakai topi keledar basikal demi keselamatan.

Namun, bagi mereka yang dipercayai tidak menyenangi Anwar didapati menyindir agar pemimpin bakal berusia 74 tahun pada 10 Ogos nanti itu agar berehat daripada mengambil kuasa di Putrajaya.

Semalam, Presiden PKR itu mendakwa seramai 114 hingga 115 Ahli Parlimen bersetuju sidang Parlimen diadakan segera dengan tumpuan menyelesaikan masalah Covid-19 dan ekonomi.