Malaysia Dateline

‘Hoi ho ya hoi’ di sebelah sana juga, kata Anwar di Dewan Rakyat

Suasana ‘hoi ho ya hoi’ sepatutnya tidak melibatkan orang di sebelah kerajaan semata-mata kerana ianya juga sepatutnya boleh digambarkan orang di sebelah sana, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, suasana ‘hoi ho ya hoi’ itu digambarkan juga orang sebelah pembangkang kerana pernah menjadi menteri, Perdana Menteri dan meluluskan kontrak-kontrak kepada anak menantu juga.

“Di sana pernah juga jadi menteri, jadi Perdana Menteri dan pernah meluluskan kontrak-kontrak perdana kepada anak menantu mereka. Saya tidak mahu pilih kasih orang di sini,”kata beliau.

Beliau berkata demikian berikutan Ahli Parlimen Kota Bharu membangkitkan soal nombor dan meminta semua Ahli Parlimen terus ‘move on’.

“YDP tahu konvensyen parlimen usul itu daripada kerajaan, kalau tidak dipersetujui dibangkang dengan suara itu tidak berlaku, kalau belum puas hati diminta belah bagi itu pun tidak berlaku.

“Jadi kita ‘move on’ lah terima kasih kerana ramai yang mengatakan ramai yang ‘move on’.

“Saya tida berhajat sama sekali Kota Bahru untuk bangkitkan lagi isu ini, jadi kita nak tumpukan perhatian betulkan kepincangan pentadbiran dan pengurusan kerajaan elakkan daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Justeru itu Anwar berkata, pemintaannya kepada agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) dan pihak polis bahawa beliau mahu bersihkan negara ini daripada rasuah yang berleluasa.

Baca juga: Tular ban pecah di Pasir Mas akibat banjir, penduduk diberi amaran berjaga-jaga