Malaysia Dateline

Honda Accord baharu bakal berada di pasaran menjelang Mei

Honda Automobile (Thailand) Co. Ltd secara rasmi melancarkan kereta sport sedan premium Honda Accord serba baharu yang dilengkapi ciri keselamatan terkini.

Generasi ke-10 Honda Accord itu dipacu enjin 1.5L VTEC TURBO 190 ps dan sistem sport berbilang gaya pemanduan hibrid pintar (i-MMD) atau Sport Hybrid Intelligent Multi-Mode Drive.

Honda Accord itu turut didatangkan dengan kemasan luar dan dalaman serba baharu yang mewujudkan keserasian gabungan rekaan mewah premium dan sport sarat dengan fungsi moden bagi memenuhi citarasa serta gaya hidup pelanggan. Ia akan mula diedarkan pada Mei tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda Automobile (Thailand) Co. Ltd, Pitak Pruittisarikorn berkata, Honda Accord adalah model kegemaran yang mendapat sambutan amat menggalakkan di seluruh dunia.

ā€œKami berharap dapat mencapai sasaran jualan bagi Honda Accord ini sebanyak 9,000 unit, 50 peratus untuk varian hibrid dan 50 peratus lagi bagi turbo,” katanya pada majlis pelancaran model berkenaan, di sini.

Harga jualan varian Hybrid Tech dijangka kurang daripada 1,800,000 bhat, Hybrid (bawah 1,650,000 baht) dan Turbo EL (bawah 1,500,000 baht).

PruittisarikornĀ berkata, harga sebenar akan diumumkan pada Mei depan apabila semua model itu dihantar ke pusat jualan Honda seluruh negara.

— BERNAMA