Hong Kong: Pindaan Rang Undang-Undang Ekstradisi ditarik balik

Hong Kong: Pindaan Rang Undang-Undang Ekstradisi ditarik balik

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam, secara rasmi mengumumkan keputusan menarik balik pindaan rang undang-undang ekstradisi yang telah mencetuskan kontroversi itu, sebagai sebahagian usaha mengurangkan ketegangan, lapor agensi berita Sputnik.

“Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong secara rasmi menarik balik deraf rang undang-undang (ekstradisi) untuk menamatkan segala kegusaran orang awam.

“Setiausaha Keselamatan akan memulakan prosedur mengenai perkara itu selepas pembukaan semula Majlis Undangan,” ujar Lam dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen pada Rabu.

Lam membuat pengumuman itu selepas bermesyuarat dengan anggota parlimen pro-Beijing, timbalan Hong Kong kepada Kongres Rakyat Kebangsaan dan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China yang berlangsung di kediaman rasminya.– BERNAMA