Malaysia Dateline

Hong Kong tangguh rang undang-undang ekstradisi selepas protes besar

 

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam pada Sabtu (15 Jun 2019) telah mengumumkan penangguhan rang undang-undang ekstradisi yang kontroversi itu, lapor Channel News Asia.

Protes ini merupakan diantara yang berkesan kepada pentadbiran Hong Kong. Jelas Lam, pentadbirannya akan memberhentikan usaha untuk meneruskan rang undang-undang tersebut. Tambahnya, tindakan susulan ialah untuk mengadakan konsultasi dengan pelbagai pihak dan pemegang taruh.

“Kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguh penggubalan rang undang-undang tersebut dan memulakan semula komunikasi dengan pelbagai sektor di dalam strata masyarakat…dan mendengar pelbagai pandangan berbeza daripada masyarakat,” jelas belia kepada wartawan.

“Setakat ini tiada tempoh akhir bagi usaha ini tetapi kami (kerajaan) berjanji untuk sentiasa melaporkan dan berbincang dengan majlis perundangan berkaitan sekuriti sebelum kerajaan mengambil tindakan susulan,”.

Untuk rekod, kira-kira satu juta rakyat Hong Kong telah turut untuk memprotes rang undang-undang tersebut, sejak ahad lalu.

Lam sebelum ini sudah memperjelaskan bahawa undang-undang ekstradisi adalah diperlukan dalam usaha mengekang penjenayah dalam menjadikan Hong Kong sebagai tempat untuk berlindung.

Ahad lepas merupakan protest yang terbesar bagi Hong Kong.