Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Hormati pilihanraya rakyat bukan kerajaan pintu belakang

Hormati pilihanraya rakyat bukan kerajaan pintu belakang

DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN SHAHMarch 5, 2020 6:52 pm




Malaysia baru sahaja menyaksikan rampasan kuasa kerajaan yang dipilih secara demokrasi yang bukan hanya mengejutkan negara, tetapi juga dunia antarabangsa.

Kerajaan pintu belakang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yasin membawa masuk mereka-mereka yang sedang di dakwa berpuluh kes rasuah di mahkamah daripada UMNO selepas rakyat jelas menolak mereka pada PRU yang lepas.

Bersama Umno dalam Perikatan Nasional adalah parti Pas yang mendakwa diri mereka sebuah parti Islam.

Beberapa hari selepas itu, Benjamin Netanyahu yang sedang berhadapan beberapa kes rasuah di mahkamah, telah di pilih sekali lagi oleh rakyat Yahudi Israel sebagai Perdana Menteri Israel.

Sebelum pada ini Umno dan Pas mengutuk sekeras-kerasnya rakyat Yahudi Israel yang menyokong kerajaan Nentanyahu yang di kata mereka rasis-perkauman dan korup!

Banyak ironis terdapat di sini di mana UMNO dan PAS yang selama ini mengecam Kerajaan Israel Nentanyahu rasis dan tidak adil juga mengamalkan sikap perkauman yang tebal.

Sementara Perdana Menteri Israel Netanyahu sedang di dakwa banyak kes rasuah di mahkamah, Umno juga sedang mempunyai begitu ramai pimpinan yang terpalit dan sedang di dakwa puluhan kes rasuah di Mahkamah.

Di antara mereka adalah Presiden Umno sekarang Zahid Hamidi, bekas Presiden Najib Razak, Abdul Azeez dan Tengku Adnan yang baru di dedahkan di mahkamah semalam mempunyai asset- harta hampir RM1,000,000,000 – satu billion ringgit!

Umno yang menuduh Perdana Menteri Israel Netanyahu bersikap rasis dan rasuah, juga banyak terlibat dalam isu dan perkara yang sama.

Walaupun ada persamaan dalam isu-isu tersebut di atas, ada juga satu perbezaan yang agak ketara di antara situasi di Israel dan di Malaysia.

Netanyahu dan kerajaannya Israel dipilih oleh rakyat Israel melalui pilihanraya umum. Betul atau tidak pilihan mereka adalah isu lain tetapi rakyat Israel telah membuat pilihan mereka.

Di Malaysia, rakyat Malaysia telah memilih secara sah melalui PRU-13 mengikut undang-undang, Kerajaan Pakatan Harapan yang menolak rasuah dan isu perkauman.

Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengambil jalan pintu belakang merampas hak pilihan rakyat dengan majoriti yang meragukan dan sehingga hari ini tidak dapat membentuk Kabinet dan melambatkan sidang Parlimen yang telah di tetapkan untuk mengelak undi tak percaya.

Begitu memalukan dan tidak bermaruah tindakan mereka yang membuat himpunan Maruah Melayu yang di anjurkan mereka baru baru ini tidak bermakna.

Pas yang bersekongkol dengan Umno menubuh kerajaan Perikatan Nasional ini telah melanggar janji mereka tidak akan mendirikan kerajaan melalui pintu belakang.

Di manakah maruah agama dan bangsa yang dilaungkan sebelum ini oleh Pas apabila kerajaan Pas di Perak telah dijatuhkan oleh Umno-BN dahulu melalui pintu belakang dan hari ini mereka menyokong perbuatan yang sama?

Dahulu Pas berkali-kali menyatakan mereka bertanding pilihanraya untuk redha Allah semata mata dan tidak mengutamakan kemenangan untuk jadi kerajaan. Hari ini mereka mendiri kerajaan pintu belakang dengan cara yang sama Umno menjatuhkan kerajaan PAS Perak dahulu yang mereka telah kutuk.

Rakyat perlu menilai situasi hari ini. Hak mereka telah di cabuli melalui konsep kerajaan pintu belakang bukan hanya di peringkat Persekutuan tetapi juga di peringkat negeri yang sedang berjalan.

Adakah ini nilai yang di tuntut di dalam Islam? Islam mengutamakan akhlak yang mulia yang perlu di amalkan dan di peliharai sepanjang masa bagi menjaga maruah Agama Islam dan bangsa Melayu.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Rintihan pekerja kilang dilanda Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production