Malaysia Dateline

Hospital pakar kanak-kanak UKM terima pesakit Covid-19

Hospital Pakar Kanak-kanak UKM yang baru siap dibina telah mula menerima pesakit Covid-19 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhisham Abdullah.

Pengambilmilikan sementara hospital ini dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan kuasa di bawah seksyen 3 & seksyen 4 Ordinan Darurat 2021 bagi membantu KKM meningkatkan kapasiti rawatan Covid-19 di sekitar Lembah Klang, katanya.

Hospital ini menerima rujukan hanya dari Pusat Kawalan Covid-19 Bersepadu Wilayah Tengah yang berperanan mengkordinasi pergerakan & penempatan pesakit Covid-19 di Selangor dan Kuala Lumpur.

Setakat pagi ini, terdapat 14 pesakit dengan gejala serius sudah dimasukkan ke hospital ini termasuk seorang di unit rawatan rapi / ICU.

“HPKK UKM merupakan hospital yang baru siap dibina dan semalam merupakan kali pertama hospital ini menerima pesakit,” katanya.