Hospital Pulau Pinang ada kelengkapan terkini untuk rawat MB Kedah

Hospital Pulau Pinang ada kelengkapan terkini untuk rawat MB Kedah

Hospital Pulau Pinang mempunyai kelengkapan terkini dan lebih lengkap untuk merawat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengalami komplikasi usus, kata Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata, satu keputusan dibuat para pakar perubatan hari ini dan dipersetujui anggota keluarga agar Ahmad Bashah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.

“Setelah dimamklumkan hari ini bahawa Ahmad Bashah akan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, saya segera mengarahkan para pegawai saya membuat persiapan bagi membantu proses itu,” katanya apabila dihubungi Bernama hari ini.

TAGS