Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Hospital Selayang bersedia kendali kes koronavirus sempena Thaipusam, kata Dr Dzulkefly

Hospital Selayang bersedia kendali kes koronavirus sempena Thaipusam, kata Dr Dzulkefly

MALAYSIADATELINEFebruary 7, 2020 7:11 am




Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan semua pihak terutama mereka yang akan menyambut perayaan Thaipusam Sabtu ini supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan awal bagi mengelak daripada dijangkiti wabak novel koronavirus.

Ini termasuk mengutamakan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan, memakai penutup mulut dan hidung selain mengelak daripada hadir ke majlis perayaan sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selsema.

 Bagi memastikan semuanya berjalan lancar, pusat operasi perubatan telah diselaraskan di Hospital Selayang.

Pusat operasi yang terdekat dengan Batu Caves itu kini bersiapsiaga bagi menangani sebarang kemungkinan situasi kecemasan yang dikaitkan dengan wabak itu.

 Dianggarkan seramai 1.6 juta hadir di Batu Caves bagi menyambut Thaipusam tahun lalu.

Sementara itu Dr Dzulkefly meminta agar rakyat tidak terlalu bimbang mengenai wabak novel koronavirus (2019-nCoV) itu kerana kementeriannya masih dalam fasa pembendungan dan belum pada tahap mitigasi.

“Kami menjalankan segala usaha untuk mengambil langkah menguji lebih ramai lagi (pesakit yang mempunyai gejala koronavirus), kita masih lagi mampu melakukan sedemikian.

“Diharapkan negara tidak akan memasuki tahap mitigasi, iaitu tahap yang susah untuk dikawal.

“Saya diingatkan, kalau sampai ke peringkat di luar kemampuan, katil di luar kemampuan, kriteria-kriteria itu belum lagi, insya Allah belum lagi,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya, seperti dipertik Astroawani pada Khamis.

Ketika ditanya mengenai perkembangan seorang remaja Kanada yang pengsan kerana dikhuatiri positif novel koronavirus di KLCC pada Rabu, beliau mengesahkan remaja itu negatif koronavirus dan telah didiscaj daripada hospital.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Terkini

Gesa kerajaan negeri Johor selamatkan kontraktor kecil Bumiputera

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production