Projek Hospital Patuh Syariah yang dikendalikan anak syarikat Kerajaan Kelantan iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Permodalan Kelantan Berhad (PKB) yang sudah ada tanah namun sampai sekarang belum tanam cerucuk lagi.
Dengan perasmian yang begitu gah majlis pelancaran dibuat oleh Timbalan Menteri Besar Datuk Nik Amar Abdullah pada 8 Mei 2018.
Oleh kerana waktu perasmian merupakan dekat dengan pilihan raya maka janji-janji manis mulalah ditanam seolah-olah waktu itu juga akan dilaksanakan.
Hospital Patuh Syariah tujuannya hanya satu sahaja iaitu untuk menipu rakyat dan untuk mendapatkan undi daripada rakyat dengan mengaburi mata mereka.
Negeri Kelantan akan membina satu hospital sebagai mercu tanda dan menjadi hospital contoh di seluruh Malaysia kerana tiada satu contoh pun patuh syariah yang ada di Malaysia pada hari ini.
Yang mana pembinaannya pada awal 2019 memakan masa selama 36 bulan atau 3 tahun di Padang Tembak mukim Pengkalan Chepa atas tanah keluasan 1.6 hektar yang menelan belanja RM100 juta.
Difahamkan akan dibuat PKINK iaitu 8 tingkat ada 80 buah bilik semua kakitanganya adalah muslimah bermakna 2013 dah siap.
“Kita pakat gi situ belako deh terutamanya wanita-wanita pakat gi hospital patuh syariah.
“Kalau bual nipu gak pakat nipu atas darat gitu jah, dia tahu pengundi-pengundi dia walaq ko pemimpin…kecek gapo pung pakat caya belako tenyata ini satu pembohongan buat replika bagunan kira jadi doh.
“Puak demo ni gak mudah sangat nak menipu rakyat. Kalau kita tak ada kederat tak soh duk kecek berdegar-degarlah.
“PKINK pun buat busines gapo pung tak berjaya setiap tahun akan ada pulangan RMM100 juta hakikatnya kosong belaka buat sedap mereka tipu rakyat …rakyat pula percaya walau pun tipu semata mata,” kata salah seorang rakyat Kelantan dalam videonya viral hari ini yang turut dikongsi oleh Mohd Suhairi Saperan.
Kelantan umum projek Hospital Wanita dan Kanak-kanak berkonsepkan patuh syariah (HS) pada 19 April 2018 dengan nilai RM100 juta. Jangkaan siapnya pada tahun 2022.
HS Kelantan dicadang pembinaannya di atas tanah seluas 1.6 hektar di Padang Tembak oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Permodalan Kelantan Berhad (PKB).
PKINK dan PKB bekerjasama dengan pemaju yang akan menguruskan pembinaan serta menjadi operator apabila ianya siap nanti.
Kedua-dua bangunan hospital yang dicadang ini belum pun wujud setakat hampir suku kedua tahun 2022.
Baca juga: Wan Fayhsal mengaku guna ayat Quran dan hadis untuk menang PRU, tercengang KJ duduk sebelah