Malaysia Dateline

Hotel Royal Chulan masih milik Boustead

Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar mendakwa bahawa Hotel Raya Chulan Bukit Bintang masih lagi milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad.

Amin Shah berkata ini kerana hotel tersebut masih belum memenuhi syarat-syarat jual beli yang sah.

Katanya perjanjian jual beli tersebut tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya pembeli perlu mendapat kebenaran Unit Perancang Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri Malaysia bagi tujuan pembelian hotel tersebut.

“Pembeli perlu memperoleh kebenaran Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tujuan pembelian hotel m di bawah peruntukan 433B Kanun Tanah Negara, 1965.

“Pembeli juga perlu memenuhi kesemua syarat dan peruntukan penyenaraian yang ditetapkan oleh Singapore Exchange Securities Trading Limited (SGX),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sekiranya salah satu daripada syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipenuhi, penjualan tersebut tidak akan terlaksana.

Beliau juga menegaskan bahawa segala yang dilakukan Boustead adalah mengikut tatacara yang betul supaya tidak mengulangi sejarah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

BacaNajib tidak faham pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia, kata Mohamad

Penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang belum dimuktamadkan