Malaysia Dateline

Hotel terkenal di Langkawi ditutup, 59 kakitangan positif Covid-19

Sebuah hotel terkenal di Langkawi diarahkan tutup buat sementara ekoran lebih 50 kakitangannya positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, kajian jabatan itu mendapati jangkitan berpunca dari komuniti dan merebak ke hotel itu, lapor The Star.

Katanya, 249 kakitangn hotel dan keluarga masing-masing telah diuji dan 59 darinya telah disahkan positif di bawah kluster “Dah Tekuk Nibung”.

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan Kedah mencatat 628 kes baharu Covid-19.

Langkawi dibuka semula pada 16 September lalu di bawah inisiatif gelembung pelancongan hanya kepada pelancong tempatan yang lengkap dua dos vaksin Covid-19.