Malaysia Dateline

Hotel untuk kucing, Catzonia terima anugerah World Branding Award

Catzonia atau dikenali sebagai penginapan untuk kucing berkelas lima bintang memenangi anugerah World Branding Awards tahun ini dengan meraih anugerah peringkat kebangsaan Brand of the Year bagi kategori penjagaan haiwan 2021-2022.

Pengasas Catzonia, Syahir Zainal berkata, perjuangan yang memfokuskan untuk meningkatkan taraf haiwan peliharaan Malaysia ke peringkat lebih tertinggi, semakin menampakkan sinar.

Syahir juga menyatakan komitmen untuk terus mengekalkan khidmat terbaik dan berusaha mencapai pengiktirafan antarabangsa di masa akan datang.

“Untuk penetahuan anda, brand seperti Apple, CocaCola, McD, British Airways, IKEA merupakan pemenang bersiri anugerah ini. Mereka sangat terkenal dengan servis dan produk yang baik.

“Namun kami merasakan Catzonia dan juga jenama-jenama dari Malaysia juga mampu menjadi pesaing hebat anugerah tahunan ini.

“Jika bidang lain, seperti sukan, akademik, pembuatan, dan kaji selidik bukan ‘forte’ negara kita, kami dengan rela hati sanggup menggalas amanat dan semangat ‘Malaysia Boleh’, seterusnya berjuang bermati-matian demi Malaysia.

“Tak dapat World Cup, tapi dapat Global Brand Award pun apa kurangnya kan?,” tulisnya.

Untuk rekod, Syahir 33 sebelum ini merupakan seorang jurutera dan telah melepaskan jawatannya bagi mengadaptasi minatnya kepada haiwan peliharaan dengan membuka ‘hotel kucing lima bintang’ diberi nama Catzonia.