HSR: Perbincangan mengenai projek antara Malaysia-Singapore akan diteruskan

HSR: Perbincangan mengenai projek antara Malaysia-Singapore akan diteruskan

Perbincangan antara Malaysia dan Singapura mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan diteruskan pada minggu-minggu akan datang selepas bermula secara rasmi pada 11 Ogos lepas.

Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengadakan pertemuan di Singapura pada Sabtu lepas untuk membincangkan mengenai projek tersebut, menurut laporan Channel News Asia pada lewat Selasa.

“Kedua-dua menteri itu membincangkan mengenai projek HSR dan bersetuju untuk meneruskan perbincangan pada minggu-minggu akan datang,” menurut Kementerian Pengangkutan Singapura yang dipetik sebagai berkata demikian lapor Bernama hari ini.

Sebelum ini di Kuala Lumpur, Azmin dilaporkan menyifatkan pertemuan itu sebagai “rasmi”, “baik dan produktif”.

Menteri itu telah menjelaskan mengenai kedudukan Malaysia berhubung projek itu.

COMMENTS

Wordpress (0)