HTAR jawab isu tular berkaitan bekalan darah

HTAR jawab isu tular berkaitan bekalan darah

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hari ini menafikan bahawa bekalan darah jenis ‘0’ negatif semakin berkurangan di hospital mereka.

Hasil siasatan pihak HTAR mendapati bekalan darah jenis O negatif ketika ini adalah mencukupi.

Menurut Pengarah HTAR Dr Mohamad Sabri Othman, pihak HTAR telah pun membekalkan keperluan darah yang mencukupi kepada pesakit berkenaan.

Terdahulu, satu kenyataan telah tular di media sosial berhubung dakwaan seorang pewaris pesakit bahawa bekalan darah jenis O negatif semakin berkurangan di hospital berkenaan.

Sabri berkata, darah jenis O negatif adalah dikatagorikan sebagai kumpulan darah ‘rare’, semua tabung darah tidak menyimpan stok yang banyak pada satu-satu masa.

Bagaimanapun katanya dalam satu kenyataan, stok sedia ada adalah mencukupi untuk kegunaan semasa kecemasan.

Pihak HTAR juga mempunyai senarai penderma darah ‘rare’ untuk dipanggil pada bila-bila masa terutama pada waktu kecemasan.

Pihak HTAR memandang serius isu ini dan menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan menyeru berhenti menyebarkannya kepada orang lain.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES