Hubungan antara Bersatu, DAP masih baik

Hubungan antara Bersatu, DAP masih baik

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menafikan wujud rasa tidak gembira antara Bersatu dengan DAP.

Menurutnya, hubungan antara Bersatu dan DAP setakat ini masih baik dan mesra.

Kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu, jelasnya, menumpukan usaha untuk mempertahankan Parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini.

“Setakat ini hingga ke malam tadi saya masih berkempen dengan pemimpin daripada DAP. Hubungan kami (PPBM) dengan DAP, empat-empat parti mesra.

“Hingga saat ini, pada pandangan saya hubungan mesra, baik. (Semalam) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga ada,” ujar Dr Sahruddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Sembang Santai dengan nelayan di Kukup hari ini.

“Setakat ini saya masih berkempen dari pasukan DAP, hubungan kami bukan hanya nampak mesra dan baik, (tetapi) memang kami boleh bekerjasama, insya-Allah.

“Yang penting, kita kena fokus (kepada) Tanjung Piai… kita punya,” katanya lagi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini dilapor mengakui wujud sedikit rasa tidak gembira dalam kalangan ahli partinya untuk berkempen.