Malaysia Dateline

Hubungan AS dengan Taliban masih diteruskan

Presiden Donald Trump berkata rundingan dengan Taliban masih berjalan namun belum pasti sama ada Amerika Syarikat (AS) akan mengundurkan tenteranya dari Afghanistan, lapor agensi berita Xinhua.

Kempen ketenteraan AS selama 18 tahun di Afghanistan langsung “tidak masuk akal,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih.

Ketika ditanya sama ada AS sudah bersedia untuk berundur sepenuhnya, Trump berkata beliau sedang mempertimbangkan beberapa alternatif lain.

Trump berkata demikian selepas Jabatan Negara AS mengeluarkan kenyataan mengatakan wakil khas bagi rundingan damai di Afghanistan, Zalmay Khalilzad, berlepas ke Qatar dan Afghanistan pada Selasa untuk meneruskan rundingan dengan Taliban.

Khalilzad akan bertemu dengan pemimpin Afghanistan di Kabul, menurut kenyataan itu.– BERNAMA