Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Hubungan Kelantan dengan Persekutuan baik, kata Ahmad Yakob

Hubungan Kelantan dengan Persekutuan baik, kata Ahmad Yakob

BernamaMay 11, 2019 10:12 am




Hubungan kerajaan negeri dan Persekutuan adalah baik sepanjang setahun pemerintahan Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad berkata walaupun terdapat kelemahan dalam beberapa perkara namun beliau gembira dengan aspek keterbukaan media yang ditonjolkan PH selain hubungan kepegawaian yang bertambah baik.

“Kita ada hubungan baik kerajaan dengan kerajaan walaupun parti berlainan, fahaman berlainan, tapi dari segi hubungan kerajaan adalah baik.

“Kami menghormati kerajaan (Persekutuan) yang dipilih oleh rakyat,” katanya selepas merasmikan Program Madinah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

PH menyambut ulang tahun kemenangan pertama mereka pada Khamis lalu, selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ditanya apakah harapan pada tahun kedua pemerintahan PH, Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata beliau berharap agar kerajaan menumpukan usaha untuk menyempurnakan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat pada PRU14 yang lalu.

“Politik dan pilihan raya ini sebenarnya untuk rakyat memilih pemimpin dan pemimpin pula telah membuat janji dalam manifesto.

“Jadi kita mahu melihat mana-mana parti yang memerintah (Persekutuan mahupun negeri) hendaklah menumpukan kepada (penunaian janji). Kami (Kelantan) juga sedang berusaha (untuk menunaikan manifesto) terutama apabila kami dapat royalti minyak,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production