Hubungan Najib dan Komunis China dari perspektif Zunar

Bagi Zunar hanya tsunami rakyat sahaja dapat menyelamatkan negara dari hubungan terlarang ini bagi memperbetulkan semula hubungan itu.

 

Kartunis Zunar atau namanya sebenarnya Zulkifly Anwar Ul Haq mempunyai pandangan tersendiri tentang hubungan antara Kerajaan Datuk Seri Najib Razak dengan negara Komunis China sekarang.

Bagi beliau, hubungan Najib dan China adalah satu hubungan bahaya yang bakal merugikan negara sebagaimana di alami oleh beberapa negara Afrika dan juga Myanmar.

Negara akan tergadai kepada China digambarkan oleh Zunar melalui kartun-kartunnya.

Bagi Zunar hanya tsunami rakyat sahaja mampu menyekat hubungan terlarang ini.

Berikut adalah antara kartun menarik dari beliau tentang hubungan ini.

 

Pakatan Harapan sedang cuba menyelamatkan negara dari digadai kepada China.

Selamatkan negara dari digadai dengan mengundi PH dan menolak BN.

 

Tindakan kerajaan BN mengenakan GST digambarkan sebagai terpengaruh oleh China.

 

Pakatan Harapan datang umpama ubat yang boleh menyelamatkan negara dari makhluk perosak.

9.3
OVERALL SCORE
: 7.0
3 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS