Malaysia Dateline

Hujan berterusan buruk di 12 negeri sehingga esok

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk sehingga esok membabitkan 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Facebook jabatan berkenaan, amaran buruk dikeluarkan membabitkan kawasan Gua Musang, Kelantan dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang.

Selain itu, tahap waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sehingga kini, sebanyak 1,766 orang daripada 428 keluarga menjadi mangsa banjir setakat pukul 8 pagi manakala sebanyak 46 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 12 daerah telah buka bagi menempatan mangsa banjir.