Hujan lebat berisiko banjir kilat permulaan Monson Timur Laut hingga Mac 2018

Hujan lebat berisiko banjir kilat permulaan Monson Timur Laut hingga Mac 2018

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD)memaklumkan Malaysia akan menghadapi peralihan Monsun Timur Laut bermula 13 November ini sehingga Mac 2018.

Ketika berlakunya Monsun Timur Laut pada tahun ini MMD menjangkakan berlaku sebanyak empat hingga lima episod huja lebat di negara ini.

“Episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan,Terengganu, Pahang dan Johor pada November dan Disember 2017.

Semasa berlaku Monsun Timur Laut hujan lebat berterus dijangkas berlaku selama tiga hari yang boleh mengakibatkan kejadian banjir kilat dikawasan berkedudukan rendah dan kawasan cenderung banjir.

“Manakala pada Disember 2017 dan Januari 2018 episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Barat Sarawak serta utara dan timur Sabah,” ujar kenyataan itu hari ini.

Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan ebrsiapsiaga dalam menghadapi musim tengkujuh ini serta sentiasa peka dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh MOD melalui laman web www.met.gov.my atau aplikasi mobile myCuaca, facebook:malaysiamet, [email protected], perkhidmatan SMS 15888 dan MMD hotline di talian:1 300 22 1MET(1638).

 

 

CATEGORIES
TAGS