Malaysia Dateline

Hujan saja yang turun, rakyat kecewa kerajaan gagal tangani kadar inflasi

Rakyat dilihat kecewa dengan kegagalan kerajaan menangani kadar inflasi yang dijangka naik tahun depan.

Hanya hujan saja yang turun. Itu antara keluhan warganet apabila ramai golongan berpendapatan rendah semakin tertekan untuk membeli barangan keperluan selain sukar membayar hutang.

Paling ketara adalah, kenaikan harga makanan seperti dibuktikan melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) bulan lalu.

IHP Jun 2022 menunjukkan peningkatan 3.4 peratus kepada 127.4 berbanding 123.2 pada bulan yang sama tahun pada 2021.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kenaikan tersebut melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga Jun 2022 iaitu 1.9%.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, Indeks Makanan meningkat 6.1 peratus sekaligus kekal menjadi penyumbang utama kenaikan inflasi bagi bulan lalu.

Namun, ketika rakyat dibebani dengan masalah kenaikan harga makanan dan barangan keperluan, pendapatan menteri dengan ada yang mencecah lebih RM140,000 sebulan dilihat tidak ‘terusik’.

“Gaji rakyat tidak dinaikkan, gaji menteri pula beratus ribu sebulan. Dunia penuh sandiwara,” tempelak Muhd Fahmi.

Sementara itu, Haafiey Haaris secara sinis berkata, kenaikan tinggi gaji menteri masih menyaksikan negara tidak huru-hara.

“Peningkatan gaji menteri, kos sara hidup yang kian meningkat memperlihat kemajuan yang dicapati dan negara masih aman damai tenteram, sentosa, makmur hendaknya,” sindir Haafiey.

LANJUT MENYUSUL

Baca juga Potong gaji menteri, gaji seorang boleh beli 3,300 botol minyak masak 5 kg

Baca juga Rizal mengaku tidak bersalah muat naik video sentuh isu sensitiviti perkauman