Hujan tidak halang kehadiran penyokong luar biasa di Desa Pandan

Hujan tidak halang kehadiran penyokong luar biasa di Desa Pandan

(Dari kiri ) Rina Harun, Tun Siti Hasmah Mohd Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hujan lebat bukan halangan bagi penyokong Pakatan Harapan di sekitar Desa Pandan di Kampong Pandan, Kuala Lumpur untuk terus berdiri dan duduk diatas padang yang basah untuk mendengar ceramah pimpinan malam tadi.

Hujan renyai yang semakin lebat mula turun sejak jam 9.00 malam dan berhenti dua jam kemudian dengan kelewatan pemimpin Pakatan
Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamad Sabu yang tiba 30 minit sebelum tamatnya himpunan jam 12.00 mengamatkan suasana penyokong apabila melihat kehadiran dua pemimpin Pakatan Harapan ini disaat masa yang berbaki.

Dianggarkan kehadiran malam tadi  oleh penganjur  4,000 orang yang berkumpul di Tapak Padang Permainan Blok E Flat Desa Pandan  di bawah Parlimen Titiwangsa.

Ia adalah ceramah mega dalam jadual kempen memperkenalkan Pakatan Harapan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rina Mohd Harun.

Rina dalam ucapannya berkata, tersebar berita palsu yang mengatakan ceramah yang diadakan di Desa Pandan dibayar RM150
seorang untuk hadir siri ceramah kempen pilihan raya itu.

“Fitnah sudah tersebar mengatakan ceramah di flat Desa Pandan ada makan dan minum serta alaun RM150 setiap seorang.

“Sedangkan ramai yang hadir atas kerelaan sendiri untuk bersama Pakatan Harapan,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengingatkan agar pengundi keluar beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan.

“Jangan lupa 9 Mei keluar beramai-ramai tidak kira hujan atau panas undilah Pakatan Harapan. Kita mahu menang besar jika menang sikit Najib akan tipu,” ujarnya.

Beliau turut menekankan kesilapan yang terbesar beliau lakukan apabila memilih Najib. Saya mahu perbaiki kesilapan ini berusaha sedaya upaya menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

“Saya yakin pada 9 Mei ini Najib akan dapat kosong undi.

“Perasaan sayang kepada negara begitu kuat sekali sehingga sanggup keluar dalam hujan.Saya fikir tadi saya tidak sampai ke sini.

“Inilah sebabnya kita bersusah payah keluar dalam hujan, duduk atas tanah basah habis ‘burung-burung’ semata-mata untuk berjuang demi bangsa dan tanahair,”ujarnya berseloroh disambut  ketawa penyokong dan laungan ‘hidup Tun’  sebanyak tiga kali.

9.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 10.0