Hukuman mati ke atas pemimpin Jamaat e-Islami dikutuk

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengutuk keras tindakan rejim Bangladesh yang telah melaksanakan hukuman gantung terhadap dua pemimpin pembangkang negara itu termasuk Setiausaha Agung Jamaat e-Islami, Ali Ahsan Mohammad Mujahid, 68, malam tadi.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, hukuman sama ke atas bekas ahli Parlimen San pemimpin kanan Bangladesh Nationalist Party (BNP), Salahuddin Quader Chowdhury, 67, itu juga dilihat bertujuan untuk menghapuskan seteru politik rejim Sheikh Haseena.

“Dunia mengetahui bahawa pertuduhan ke atas kedua-dua mereka adalah direka melalui konspirasi politik jahat dalam usaha mengekang pengaruh Jamaat e-Islami di negara selatan Asia itu.

“Sebelum itu, pemimpin Jamaat e-Islami iaitu Abdul Quader juga telah dihukum gantung pada Disember 2013 manakala seorang lagi, Mohammad Kamaruzzam dihukum gantung pada April lalu,” ujar bekas AJK PAS Pusat itu dalam kenyataan medianya hari ini.  

Sehubungan itu, beliau mewakili Amanah merakamkan ucapan takziah dan mendoakan ahli keluarga mereka terbabit tabah dalam menghadapi dugaan dan kezaliman tersebut.

“Kepada kedua-duanya, selamat berehat di negeri abadi dan semoga mendapat ganjaran setimpal di sisi Yang Maha Pencipta,” ujarnya lagi.

TAGS