Malaysia Dateline

Huruf jawi ‘Pa’ logo parti Pejuang

Secara rasminya Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah didafarkan hari ini dengan menggunakan huruf Jawi ‘Pa” sebagai logo.

Nama parti dengan menggunakan huruf ‘pa’ berwarna ‘biru pantone’ bermaksud pejuang dengan tiga titik di atas, melambangkan tiga rukun iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

Pemilihan huruf Jawi adalah sinonim dengan Melayu walaupu disusun secara moden ianya sesuai dengan suasana negara, generasi era alaf baru dan masa depan.

Penggunaan huruf itu juga selari dengan tujuan penubuhan dan keahlian parti Pejuang khususnya untuk Melayu yang bersifay inklusif dan moderat.

Selain Muhkriz dan Dr Mahathir, lima lagi nama diserahkan sebagai jawatan kuasa penaja Pejuang.

Lima penaja itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik, Datuk Seri Marzuki Yahya, Datuk Shahrudin Salleh dan Datuk Nur Khairi Ahmad.

Mukhriz dan lima yang lain menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim.
Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang bernama Pejuang.

Parti itu telah menegaskan mereka tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).