Husam angkat sumpah sebagai Senator hari ini

Husam angkat sumpah sebagai Senator hari ini

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran.

Husam yang dipilih oleh kerajaan Persekutuan sepatutnya mengangkat sumpah minggu lepas tetapi ditunda kerana menunaikan haji.

Isnin lepas, seramai 12 orang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara antaranya Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR Ismail Yusop, Anggota Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying dan bekas Anggota Parlimen Balik Pulau PKR, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Sementara itu, Vigneswaran turut berpesan kepada senator baharu yang dilantik agar melaksanakan proses demokrasi berlandaskan sifat keperibadian tinggi dengan pemikiran terbuka serta rasional.

Beliau turut menyeru anggota Dewan Negara yang baru dilantik agar membantu memperkasa imej Parlimen sebagai institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Husam ketika ditemui pemberita merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kerana memperkenankan pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara.

Mengulas peranannya sebagai anggota Dewan Negara, Husam berkata beliau akan membantu kerajaan dalam mengembangkan ekonomi negara selain memperjuangkan beberapa isu di negeri yang dianggap sedikit ketinggalan antaranya Kelantan, Terengganu dan Perlis.

“Saya juga berharap Pakatan Harapan tidak pinggirkan negeri-negeri ini dalam arus pembangunan negara,” katanya kepada Bernama.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote