Husam betul, presiden Pas silap, kata Hanipa dalam isu takut kalah bertanding

Husam betul, presiden Pas silap, kata Hanipa dalam isu takut kalah bertanding

Biro Undang-undang Amanah (Kanun) menegaskan, Pas tidak harus mengandaikan Datuk Husam Musa akan kalah dalam kes dana RM90 di mahkamah kerana parti Islam itu belum pun mengambil tindakan terhadap Pengerusi Amanah Kelantan itu.

Biro Undang-undang Amanah (Kanun) menegaskan, Pas tidak harus mengandaikan Datuk Husam Musa akan kalah dalam kes dana RM90 di mahkamah kerana parti Islam itu belum pun mengambil tindakan terhadap Pengerusi Amanah Kelantan itu.

Pengerusinya Mohamed Hanipa Maidin berkata, peguam Pas sebaik-baiknya menasihatkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar tidak mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak matang.

“Jika sekalipun Pas akan saman Husam dalam isu dana RM90 juta ini, tidak tentu lagi Pas mesti menang saman itu.

“Pas dan Presidennya tidak wajar membuat spekulasi apabila Pas saman Husam, maka Husam tidak akan buat apa-apa dan duduk diam sahaja. Oleh itu Pas akan menang kes itu dengan mudah.

“Saya tidak fikir Husam akan biarkan Pas menyamannya tanpa beliau melawan. Sudah tentu, bagi mempertahankan tuduhannya ,Husam akan lawan dan menggunakan khidmat peguam,” katanya.

Bagaimanaapun beliau berkata, beliau membuat kenyataan ini dengan andaian laporan media berhubung dakwaan Abdul Hadi bahawa Husam sengaja membawa isu dana RM90 juta supaya beliau tidak boleh bertanding pilihan raya umum akan datang jika kalah dalam saman.

“Dari perspektif undang -undang, bagi saya, cateris paribus ( andaian apa yang diberitakan oleh malaysiakini adalah benar ), bagi saya, Husam betul dan Presiden Pas, dengan hormat, silap,” katanya yang juga ahli Parlimen Sepang.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata, jika Pas menyaman Husam, tiada jaminan kes saman itu akan pasti didengar atau dibicarakan sebelum pilihan raya umum.

“Saya tidak rasa mana-mana peguam sekalipun boleh berfikir begitu, apatah lagi Presiden Pas,” ujarnya.

Menurut beliau juga, jika Pas menyaman Husam dan menang kes itu, belum pasti Pas akan mendapat ganti rugi yang sangat tinggi sehingga Husam tidak mampu membayarnya.

“Macam mana Pas atau Presidennya boleh dengan yakin Pas akan dapat ganti rugi yang amat tinggi sehinggakan Husam mungkin tidak mampu membayar ganti rugi tersebut.

“Dalam kes saman fitnah ada dua isu yang perlu difahami, isu lialibiliti dan isu kuantum ganti rugi. Katakan mahkamah putuskan kata kata Husam adalah fitnah, tidak tentu lagi secara automatik Pas pasti akan dapat ganti rugi yang tinggi,” katanya.

TAGS