Husam cabar calon BN, Pas nyata pendirian isu 1MDB

Husam cabar calon BN, Pas nyata pendirian isu 1MDB

Hanya calon Amanah setakat ini layak diundi kerana telah menyatakan pendirian menentang penyelewengan dan skandal mega negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Husam Musa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini tiada pilihan lain selain mengundi Dr Ahmad Termizi Ramli yang telah menandatangani Deklarasi Rakyat menentang skadal terbesar negara yang membabitkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

Orang ramai yang mendengar ceramah Husam Musa di Kuala Kangsar malam tadi.  Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.“Saya nak calon BN, calon Pas nyatakan pendirian sebelum hari mengundi. Dr Najihah itu kawan saya. Kalau dia tak berani, (kita) kena undi calon Amanah.

“Dia (Dr Ahmad Termizi) sorang-sorang bercakap isu 1MDB,” katanya ketika berceramah di Jambatan Sayong malam tadi.

Jika tidak bersetuju dengan cabaran itu, Husam yang baru dipecat keahlian oleh Pas itu mencadangkan alternatif dengan diadakan debat antara ketiga-tiga calon Amanah, BN dan Pas atas tajuk sama.

“Kalau tidak puas hati dengan cabaran saya, kita buat debat, RTM, TV3 boleh jadi tuan rumah.

“Walaupun dalam edah, boleh buat dalam rumah dia. Atau dia boleh buat kenyataan bertulis nyatakan pendirian dia,” katanya.

Husam yang hadir berkempen untuk Amanah sejak semalam banyak mengupas berkenaan kesan skandal 1MDB kepada negara dan rakyat khususnya.

Bekas naib presiden Pas itu juga beberapa kali mencabar pemimpin parti lamanya itu khususnya Dewan Ulamak dan Majlis Syura mengeluarkan fatwa terhadap skandal 1MDB yang melibatkan Najib.

COMMENTS

Wordpress (0)