Husam dipecat dari PAS, keputusan JK Tatatertib

Husam dipecat dari PAS, keputusan JK Tatatertib

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa telah dipecat dari PAS mulai mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 lalu, kata pengerusinya Dr Sanusi Daeng Mariok.

 

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa telah dipecat dari PAS mulai mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 lalu, kata pengerusinya Dr Sanusi Daeng Mariok.

Keputusan itu dimaklumkan Sanusi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Harakahdaily hari ini.

“Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas  YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa, iaitu “MEMECAT DARI MENJADI AHLI PAS BERKUATKUASA PADA HARI KEPUTUSAN (23/4/2016),” kata Sanusi, yang juga bekas naib presiden PAS itu.

Dr Sanusi Daeng MariokMenurut Sanusi, Jawatankuasa Tatatertib PAS telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan setelah mempertimbangkan kes ini dari semua aspek serta setelah mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya.

Jawatankuasa  Tatatertib PAS, katanya, yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati Husam  melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju memecat beliau.

Keputusan memecat Husam adalah satu keputusan yang tidak dijangka kerana sebelum ini ramai yang beranggapan Husam hanya akan digantung keahlian.

Sebelum ini, dalam satu kenyataannya, Husam akan merayu kepada pihak yang lebih atas terhadap keputusan ini.

Beliau boleh merayu kepada Majlis Syura Ulamak PAS untuk mengkaji balik keputusan yang dibuat ke atas beliau itu.

Pada 10 Februari lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan Husam  akan berdepan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti.

Katanya,  sejak tahun lalu PAS menerima banyak aduan yang diterima mengenai Adun Salor ini.

Tegasnya, mengikut perlembagaan, empat kategori yang boleh buat aduan mengenai ahli yang melanggar tatatertib ialah Pas negeri, Pas kawasan, Pas cawangan dan Dewan-Dewan.

“Banyak kenyataan yang dikeluarkan (Husam) dilihat mencabar dan merugikan parti. Ia satu kesalahan.

“Pejabat Pas pusat akan memproses tindakan yang bakal diambil. Bila sudah siap proses, kita akan panggil,” katanya.

Tambahnya, dalam perlembagaan, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk ahli yang melanggar disiplin dan tatatertib dalam parti.

“Badan disiplin ada tiga tindakan iaitu lucutkan jawatan dalam parti, gantung keahlian dan pecat dari parti.

“Untuk kes itu (Husam), terpulang kepada jawatankuasa tatatertib. Mereka akan tengok dan kaji mana yang sesuai,” katanya kepada media.

TAGS