Husam hantar surat 25 muka kepada Presiden Pas

Husam hantar surat 25 muka kepada Presiden Pas

Adun Salor Dato’ Husam Musa yang menganggap proses pemecatan beliau daripada Pas tidak sah menghantar surat panjang setebal 25 muka surat bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan-tuduhan yang dibuat kepada beliau oleh lembaga disiplin parti.

Husam memulakan surat berkenaan dengan kata-kata “masih tergiang-giang di telinga saya, ayat yang selalu YB TG bacakan dalam ucapan-ucapan YB TG pada awal tahun 80 an:

فَاقْضِ مَا أَنتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

“…. maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini saja.” – Surah Ta Ha ayat, 82″

“Sudah ditakdirkan, saya dipecat keahlian dari Pas. Saya tidak merungut tentangnya.

“Apa yang saya ingin rungutkan adalah cara dan keadaan pemecatan itu,” kata beiau sebelum menjelaskan satu persatu jawapan kepada tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepadanya.

Beliau menjawab satu persatu semua pertuduhan yang dihantar melalui surat yang diterimanya 24 Mei lalu.

Misalnya untuk tuduhan pertama, beliau didakwa membuat kenyataan ” Presiden PAS hendak membawa PAS menyertai UMNO, Presiden PAS mahukan jawatan Menteri dalam kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional dan Presiden PAS mahukan jawatan sebagai Penasihat yang berstatus Menteri”.

Tuduhan-tuduhan ini dikatakan dituturkan beliau dalam satu ceramah di Mulong pada 5 November 2015.

Bagi menjelaskan hal ini Husam mengemukan transkrip uncapan ini untuk membuktikan pertuduhan berkenaan tidak relevan sama sekali,

“..Nak gi nasihat, kita setaro mana sihat gak. Masalah perumahan nak nasihat Najib. Rakyat loni kalo takdop rumah pun takpo kalo kerajaan hok jahat ni tukar. Dengan tu bila naik kerajaan jjurus, kita buleh buat rumah. Kalo ada formula rumah bakpo tak mari nasihat ko Kelate dulu, rumah banjir tak siap lagi. Buat di Kelate dulu, jadi contoh barulah kita buleh royak ko Najib tengok ni aku, puak-puak aku buleh buat. Kerajaan aku pun tak leh buat rumah pah nak gi nasihat Najib lagumana. Sapo dia nak ccayo? ….

… Kalu kata nak kerjasama royak molek biar jelas. Panggil muktamar, panggil kawasan-kawasan, royak ko kawasan kita ni kerjasama doh. Ajk kita campur dengan AJK dia, exco kita campur dengan exco dia.

Menteri dia.. nak jadi menteri tak leh mugo penuh doh.. 39 ore ko berapa doh? Penuh doh nak lantik .. nak lantik sapo eh..Baihaki janganlah ambo royak doh ko dia jangan Ki. Ok lah Ok.. nak lantik sapo dia jadi menteri..lantik lah sapo-sapo hok kita kira ore kita. Datuk Nazri royak doh. Hok ni adik kakok buleh doh lah ambo lepas doh. Nazri royak doh tok soh masuklah, tak sah ppakat pasal menteri penuh doh. Nak lantik ttindih.

Sebab tu timbul setengah idea buat penasihat iaitu bergaji penuh menteri tapi tak jadi menteri. Ni ore agak. Pasal bila tak jelas, macam-macam ore buleh agak. Dalam proses parti ni kena ada keputusan.

Dalam kes PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, ambo pertahan Presiden ambo pasal Presiden tidak dakap, Presiden duduk cacang gitu jah, Brehim Ali gi khabat dia. Tapi gi jupo depe ramai-ramai tu lah peluang Brehim Ali gi dakap. Kalu tak jupo takleh nak khabat. Bila datuk Ibrahim ali gi khabat Presiden kita ore kejut habis.

MasyaAllah PAS ni parti Melayu ko parti Islam? Mulo parti Islam. Pesuruhjaya PAS Selangor buat kenyataan esokkan, PAS Selangor tidak menerima kerjasama dengan PERKASA. Maknanya gapo? Maknanya benda tu buat tidak dengan keputusan parti”.

Penjelasan beliau satu persatu berkaitan jawapan terhadap pertuduhan yang dikenakan boleh diteliti di sini, https://goo.gl/mkY3dI

Di akhir surat ini Husam mahu supaya pemecatan ke atasnya di batalkan dan ditarik balik.

“Ingin ditegaskan, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan baik mengikut perlembagaan Pas mahu pun ukuran Islam.

“Apa tah lagi, pertuduhan yang dikenakan adalah sangat dangkal dan tidak menepati prinsip penyiasatan yang kemas.

“Saya juga tidak diberikan keadilan penghakiman dan perbicaraan seperti mana yang dituntut oleh Islam,” katanya.

 

TAGS