Malaysia Dateline

Husam jumpa Anwar lebih satu jam: Sayuti timbulkan spekulasi baru

Ketika desas desus ahli parlimen Simpang Renggang, Dr Mazlee Malik mahu menyertai PKR, rakan rapat Datuk Husam Musa membuat posting yang menimbulkan spekulasi baru.

Mohamad Sayuti Omar dalam satu postingnya di facebook beliau malam tadi menulis, Husam Musa berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Musa malam tadi lebih satu jam.

“Saya terima kiriman gambar Husam Musa kelihatan keluar dari bilik presiden Keadilan Anwar di pejabatnya di Jalan Gasing petang tadi.

“Apakah perjumpaan itu ada kena mengenai dengan perkembangan di Simpang Renggam yang dilaporkan ahli Parlimen Dr Maszlee Malik akan menyerah borang kemasukan ke dalam Keadilan esok?

“Mungkin besok atau lusa akan ada kenyataan daripada Husam berhubung perjumpaan beliau dengan Anwar petang tadi. Trims,” tulis Sayuti dalam posting itu.

Husam sebelum ini telah meletakkan jaewatan beliau sebagai Naib Presiden AMANAH dan menjadi Ketua AMANAH kawasan Kota Bharu sahaja.

Ekoran itu, pelbagai spekulasi dihalakan kepada bekas Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu.

Antaranya beliau didakwa tidak lagi akan bertanding di Kelantan dan ditawarkan untuk bertanding di satu kerusi di Lembah Klang atas tiket PKR.

Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dijangka menyertai PKR hari ini, lapor Malaysiakini.

Menurut sumber daripada PKR Simpang Renggam, penyertaan itu akan diumumkan dalam acara yang turut disertai Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Esok Maszlee akan serahkan 500 borang keahlian baru (kepada Anwar). Sebanyak 20 ranting baru (PKR) akan ditubuhkan di Simpang Renggam,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.