Husam kena letak jawatan Adun selepas dipecat, lapor media Pas

Husam kena letak jawatan Adun selepas dipecat, lapor media Pas

Menjelang dialog dengan Datuk Husam Musa malam ini, media Pas, Harakahdaily melaporkan, Adun Salor itu tidak terlepas dari baiahnya untuk meletakkan jawatan sebagai Adun selepas dipecat dari parti itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Menjelang dialog dengan Datuk Husam Musa malam ini, media Pas, Harakahdaily melaporkan, Adun Salor itu tidak terlepas dari baiahnya untuk meletakkan jawatan sebagai Adun selepas dipecat dari parti itu.

Menurut Harakahdaily, bukan sekadar melompat parti, sebaliknya seseorang wakil rakyat juga perlu meletakkan jawatan apabila dipecat keahlian sepertimana ikrar dalam baiah.

Ia terkandung dalam baiah dan sumpah antara lain menyebut, “bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi Adun/anggota parlimen apabila saya keluar atau dipecat dari parti.”

Menurut Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, orang ramai sebelum ini hanya difahamkan wakil rakyat yang melompat parti sahaja yang terikat dengan baiah.

“Sedangkan ia juga mengikat wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti. Sumpah yang dibuat mereka turut disertakan dengan tandatangan di hadapan Tok Guru (Nik Aziz).

“Bukan sahaja menyertai lain, wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti juga perlu meletak jawatan sebagai YB,” katanya.

Malam ini buat pertama kalinya Husam akan berdepan dengan orang ramai di Kuala Lumpur dalam majlis dialog dengan beliau di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Husam dipecat dari Pas mula 23 April lalu namun hanya dimaklumkan secara rasmi oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas pada 6 Mei lalu.

TAGS