Husam cadang Kelantan, Terengganu terima 5% royalti terus ke akaun mereka

Husam cadang royalti minyak 5% dibayar terus ke akaun kerajan negeri Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa yakin kerajaan Persekutuan akan membayar royalti minyak 5% terus kepada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu selepas semua urusan selesai.

Dalam wawancara khas dengan Astro Awani malam ini, Husam berkata, bayaran itu perlu dibayar secara langsung kepada akaun kerajaan negeri tanpa halangan.

“Mereka ada kerajaan, ada exco dan ada akaun mereka. Jadi saya yakin kerajaan pusat perlu membayar terus kepada mereka.

“Itu adalah janji Pakatan Harapan dalam pilihan raya,” kata Husam dalam wawancara itu.

Husam adalah juara yang menuntut kerajaan pusat agar menunaikan perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri untuk memberikan royalti 5% itu.

Dalam wawancara dengan pengamal media PH sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pusat akan membayar royalti minyak itu kepada kedua-dua negeri itu sebagaimana yang dijanjikan manifesto PH.

“Mereka akan kaya selepas ini,” kata Mahathir dalam wawancara itu.

Kata Husam, hubungan antara negeri dan pusat sekarang perlu melalui acuan baru iaitu Malaysia Baru di mana hubungan antara pusat dan negeri dalam bentuk baru.

“Kalau dahulu Presiden Pas tidak boleh masuk dalam siaran secara langsung di TV, sekarang sudah tidak ada sekatan itu,” kata Husam merujuk kepada wawancara Astro Awani dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

6.7
OVERALL SCORE
2 user votes x 10.0
CATEGORIES