Husam pertikai keputusan pecat beliau, Sanusi tidak layak

Husam pertikai keputusan pecat beliau, Sanusi tidak layak

Datuk Husam Musa yang dipecat oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas mempertikaikan keputusan yang dibuat ke atasnya kerana ketua jawatankuasa itu Dr Sanusi Daeng Mariok tidak mempunyai intergriti untuk mengadili kes ke atas beliau kerana sejak sekian lama memfitnah beliau.

Beliau mempersoal Sanusi yang membuat fitnah kepadanya menjadi hakim pula dan seterusnya memecat beliau dari Pas, kata Husam ketika berucap secagai tetamu jemputan dalam Mesyuarat Agung Pas Kubang Kerian hari ini.

Husam tidak dibenarkan berucap sebagai Yang Dipertua Kawasan kerana telah dipecat oleh Pas.

Husam mengulangi statusnya masih ahli Pas kerana sehingga ini belum dimaklum secara rasmi berhubung keputusan jawatankuasa Sanusi itu.

Beliau juga mempertikaikan proses beliau dipecat kerana tidak diberitahu kesalahan dan tidak dipanggil membela diri.

Terdahulu, pengerusi majlis menyebut Husam sebagai tetamu khas diberi peluang berucap di muktamar Pas kawasan Kubang Kerian pagi ini.

Antara ahli Pas Kubang Kerian yang hadir dalam mesyuarat agung mereka.Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yusof yang hadir ‘atas arahan’ setiausaha perhubungan Pas Kelantan menyampaikan ucapan aluan.

Ketika memulakan ucapannya, Husam meminta diberi masa cukup kerana ini ucapan terakhir dalam majlis ‘anak beranak’ seperti ini.

Selepas ini katanya beliau mungkin tidak lagi berucap dalam majlis sebegini (majlis Pas)

Dalam ucapan itu, Husam turut mempersoalkan kata-kata Wan Nik yang menyebut hanya Pas satu-satunya jamaah Islam. “Perkara ini saya percaya tidak begitu,” katanya.

Beliau menyentuh kempen pertahan Kelantan. Katanya, “Kalau nak pertahan kena buat benda betul.”

“Kalau berbuat perkara yang boleh menyebabkan rakyat marah dan orang benci tentulah kerajaan akan jatuh,” katanya.

Sekitar 1000 perwakilan dan pemerhati memenuhi dewan dan turut berada di luar dewan.

TAGS