Husam sedia menghadap pimpinan PAS Isnin ini

Husam sedia menghadap pimpinan PAS Isnin ini

Setelah gagal menghadirinya pertemuan 24 November lalu, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengesahkan kehadirannya menghadapi Dewan Harian PAS, badan pengurusan PAS Isnin ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Setelah gagal menghadirinya pertemuan 24 November lalu, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengesahkan kehadirannya menghadapi Dewan Harian PAS, badan pengurusan PAS Isnin ini.

Husam mengesahkan perkara ini selepas mendapat pesanan dari setiausaha agung PAS Datuk Takiyudin Hasan.

“Sekembali saya dari China, saya menerima pesanan whatsapp dari Sua Pas menjemput saya menemui Jawatankuasa Harian Pas Malaysia.

“Saya telah memberikan tarikh 30hb November ini untuk pertemuan itu. Masa yang ditetapkan ialah 2 petang, di Pejabat PAS Jalan Raja Laut,” kata Husam dalam satu kenyataan ringkasnya.

Husam dipanggil menghadap Dewan Harian Selasa lepas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, namun tidak hadir.

Ini kerana ketika itu beliau masih berada di China untuk mendapatkan rawatan.

PAS memutuskan untuk memanggil Husam selepas Adun Salor, Kelantan itu membuat beberapa kenyataan yang menyerang PAS dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti Islam itu.

Antaranya beliau mendakwa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membentuk kerajaan dengan Umno di Selangor.

Ekoran itu pengarah pilihan raya PAS datuk Mustafa Ali mengajak beliau berdebat secara bersemuka.

Namun selepas persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak, PAS menyekat majlis itu kerana tidak mahu ia dibincangkan di khalayak ramai.

TAGS